19:34 0

Nora Dan Fasha Gaduh Peganjur Dedah Kisah Sebenar

Nora Dan Fasha Gaduh Peganjur Dedah Kisah Sebenar


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media, Amir Rizuan Ali akui ‘perang’ antara Fasha Sandha dan Nora Danish berpunca daripada salah faham pihak mereka.

Amir  selaku pihak penganjur majlis Fenomena Aidilfitri 2017 telah menjelaskan keputusan menghalang Fasha hadir pada majlis tersebut tanpa sebarang arahan daripada pihak Nora.

Jelasnya  apa yang dilakukan itu dirasakan sebagai cara terbaik untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar tanpa masalah.

Menurut Mstar Online Amir berkata:-

"Salah faham ini berpunca daripada saya kerana saya langsung tidak bertanya Nora terlebih dahulu. Saya tahu hubungan mereka tidak baik, jadi saya tidak mahu perkara buruk berlaku pada majlis yang saya anggap penting buat saya.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian Fasha dihalau seperti didakwa,"

Tambahan pula  Amir menjelaskan  pihaknya akan bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan akan menjernihkan keadaan.

"Ia adalah atas kesilapan saya sendiri dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara ini. Saya akan berjumpa Fasha sendiri dan cuba membetulkan keadaan.

"Pada kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf kepada Nora dan Fasha Sanda yang terjejas daripada salah faham yang berlaku," katanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fasha Sandha and Nora are formerly ex wives to Jejai and both are Malaysia Celebrity. Nora Danish also has a clothing brand named Owl By ND, while Fasha Sandha is a actress and ambassador to many local brand in Malaysia.   

0 comments:

Post a Comment