01:33 0

Pilu.. Pengantin Meninggal 30 Minit Sebelum Nikah

Pilu.. Pengantin Meninggal 30 Minit Sebelum Nikah



Keterujaan pada  hari pernikahan bertukar pilu apabila pengantin perempuan meninggal dunia 30 minit sebelum bermula akad nikahnya  di Palembang, Sabtu lepas.

Majlis pernikahan  Elsa Putri Julianti, 20, dengan calon suaminya, Darmadi, 19, sepatutnya berlangsung pada  (3 petang waktu Malaysia), Sabtu lepas dan  resepsi pada keesokan harinya.

Tetapi sebaliknya berlaku, pada 12 tengah hari, Elsa mengadu dadanya sakit serta batuk-batuk, Dia e kemudian meminta dibawa masuk ke bilik pengantin yang sudah dihias.

Menurut  ayahnya, Dwi Syahrial, 47, berkata,  "Dia belum bersolek pada saat itu. Belum pakai baju pengantin juga," katanya.

Keluarganya membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan. Namun Elsa sempat mendapat rawatan selama 15 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 1.30 petang, kira-kira 30 minit sebelum akad nikahnya.

Seluruh keluarganya dan juga keluarga pengantin lelaki tidak percaya Elsa meninggal dunia ketika diberitahu. Suasana gembira bertukar duka masih dirasai di rumahnya di Jalan Sako Pancasila Kelurahan Sako Baru.

Hiasan  gambar pra-pernikhana Elsa dan Darmadi masih lagi tidak dibawa turun.

0 comments:

Post a Comment