04:04 0

Rakan Artis Tampil Komen Isu Gaduh Nora Dan Fasha

Rakan Artis Tampil Komen Isu Gaduh Nora Dan Fasha


Isu gaduh Nora Danish dengan pelakon Fasha Sandha sedang hangat menjadi bualan rakyat malaysia. Masalah ini terjadi apabila Fasha Sandha memuat naik status di laman sosialnya dengan mendakwa pelakon, Nora Danish telah menghalau beliau dari satu majlis yang di anjurkan oleh Jakel.

Ekoran berita tersebut,  ramai peminat Fasha Sandha dan juga Nora Danish bergaduh sesama sendiri serta membela artis kesayangan masing-masing. Drama ini mencetuskan kecoh yang berpanjagan di antara rakyat malaysia.

Tapi menurut Nora Danish ,pelakon dan juga usahawan ini menyatakan bahawa semuanya hanya fitnah semata-mata. Serta dakwan yang di lemparkan adalah tidak benar sama sekali.

Tidak terkecuali, rakan artis yang menyokong tindakan Nora Danish adalah Emma Maembong yang di muat naik di laman sosial Instargam Nora Sendiri. Haih,,. macam-macam isu gaduh artis yea.. Diharap Fasha dan Nora dapat berbaik semula seperti sedia kala.





0 comments:

Post a Comment