07:49 0

Setelah Dikecam, Ini Komen Mengejutkan Dari Rosyam Nor

Setelah Dikecam, Ini Komen Mengejutkan Dari Rosyam Nor


Setelah teruk dikecam dengan pelbagai pihak Rosyam Nor tampil mempertahankan cara penyampaiannya sebagai pengacara  program Dialog TN2050, di Putrajaya, meskipun dipertikaikan olehDavid Teo.

Sesi acara dialoq berkenaan diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama semua penggiat seni di Putrajaya.

Rosyam Nor menyatakan bahawa David Teo sepatutnya perlu lebih bijak untuk menyesuaikan diri di dalam acara seperti itu. Ini komen dari Rosyam Nor sendiri.

"Dalam perkara ini kita kena ikut pepatah, apabila masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. InsyaAllah semuanya akan berjalan baik," 

“Selepas kejadian itu, saya agak bercelaru. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana penggiat seni sudah diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk melontarkan pandangan.

“Memang saya kecewa dan mujur saya dapat menahan kemarahan. Bagaimanapun, apa yang berlaku itu tidak mewakili semua penggiat seni.

“Selepas itu, saya ada bercakap dengan Perdana Menteri dan beliau okay saja. Saya rasa beliau faham,” jelasnya.

Turut berlaku insiden yang membabitkan David Teo ditampar pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over selepas dia mempertikaikan cara Rosyam Nor mengacara  program itu.

David Teo berasa tidak adil  hanya sebab Rosyam Nor memberi fokus kepada tetamu yang berhadapan dengannya dan bukan di belakang.

Jelas Rosyam lagi, insiden itu tidak seharusnya  berlaku apatah lagi di depan Perdana Menteri serta isteri.




0 comments:

Post a Comment