07:30 0

Dafi Dedah Ketagihannya, Apa Kes?

Dafi Dedah Ketagihannya,  Apa Kes?


Akibat terlalu taksub ingin menjadi kurus, penyanyi Dafi memceritakan bahawa dia terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk kekal kurus.

Ini kerana dia mendakwa ramai yang menegurkan gemuk dan dia berasa amat malu justeru mengambil langkah untuk tampil kurus dengan cara yang tidak selamat.

Namun, menurut Dafi atas nasihat doktor dia telah menghentikan pengambilannya ubatan kurus dengan serta-merta sebelum bertukar kepada aktiviti  Muay Thai.

Ini penjelasan Dafi :-

"Bayangkan selama tujuh tahun saya jadi 'hamba' kepada pelbagai jenis ubat kurus setiap hari dalam kuantiti melebihi sukatan yang disyorkan tanpa menyedari bahayanya.

"Lebih parah ia hampir menjadi satu 'ketagihan' sehinggalah saya dinasihatkan doktor untuk segera berhenti mengambilnya dan apa yang terjadi selepas itu, badan saya terus naik mendadak ,"

"Selama mana telinga ni tahan ditegur gemuk oleh orang sekeliling sehinggalah saya ambil keputusan untuk kembali menyertai kelas Muay Thai,"

"Biarpun rasa kurang selesa dengan keadaan itu, sekurang-kurangnya saya berasa lega  kerana proses untuk kurus kali ini berlaku secara sihat tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang berbahaya,

0 comments:

Post a Comment