08:16 0

Guru Wanita Belasah Guru Besar Lelaki

Guru Wanita Belasah Guru Besar Lelaki



Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sibu. Apabila seorang guru perempuan sekolah rendah di Lebaran ditahan kerana menyerang guru besar.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Kronologinya :-

Guru besar tersebut meninjau sekitar sekolah itu dan  masuk ke kelas yang sedang dikendalikan guru tersebut, guru perempuan itu  memberitahu guru besar itu tindakannya menunjukkan seolah-olah dia tidak mempercayai dia mengedalikan kelas tersebut.

Justeru  itu berlaku pertengkaran di antara guru dan guru besar terbabit Guru perempuan  itu menghalau guru besar berumur 40 tahun dari kelas yang penuh dengan murid.

Semasa pergaduhan itu terjadi , guru wanita itu sedang memegang segelas air panas dan ia kemudiannya disiram ke muka guru besarnya.

Guru wanita itu juga menendang guru besar lelaki itu tetapi dapat dielak.Akibat terkena air panas,
Lengan dan belakang guru besar itu melecur.

Guru besar sudah membuat laporan dan polis menahan guru wanita terlibat ketika tampil ke balai polis.

Guru wanita itu telah ditahan reman tiga hari sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

0 comments:

Post a Comment