07:24 0

Izara Aishah Tak Nak Seksi Lagi

Izara Aishah Tak Nak Seksi Lagi


Akibat video berpakaian seksi melampau Izara Aishah baru-baru ini, pelakon ini mengakui dia sedar akan tindakan itu salah .

Pelakon ini juga  mengakui bahawa tindakannya sebelum ini kurang matang dan dalam masa yang sama tidak mahu terburu mengikut fesyen.

Penjelasan Izara :-

“Saya agak terkejut, mengapa baru sekarang video itu disebarkan sedangkan acara itu berlangsung tahun lalu. Memang saya silap kerana cuia, malah mama dan ayah juga memarahi saya kerana berpakaian begitu”

“Sejak itu saya sekain berhati hati dalam memilih pakaian yang digayakan. Siapa pun kita, pasti ingin berubah. Insya-Allah, saya sedang melakukannya perlahan-lahan. 

Saya juga lebih kenal diri, malah semakin matang dalam setiap tindak tanduk,”Menyifatkan apa yang terjadi sebelum ini sebagai teguran daripada Tuhan, 

“Semua itu membuka mata supaya tidak terlalu ghairah mengikut arus fesyen. Insiden itu juga menyedarkan saya, ada mata yang memandang dan sentiasa mencari kesilapan diri. Saya anggap itu sebagai teguran daripada Allah supaya tidak leka,” 

0 comments:

Post a Comment