01:00 0

Lelaki Sado Yang Di Katakan Kekasih Sajat Tampil Beri Kenyataan

Lelaki Sado Yang Di Katakan Kekasih Sajat Tampil Beri Kenyataan


Kecoh apabila jejaka berbadan sado  ini menerima kecaman hebat bila dia bergambar dengan usahawan kosmestik, Nur Sajat Kamarul Zaman bersama seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah ditutup yang dikongsikan Nur Sajat di akaun instagram pada Ahad lalu.

Insiden tersebut terjadi  apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa ‘mencuri’ gambar-gambar dia di laman Instagramnya serta menyiarkannya di media sosial dengan mengaitkan dirinya adalah lelaki 'bertopeng' di dalam gambar Nur Sajat.

Dia juga didakwa netizen sebagai kekasih baharu Nur Sajat,serta ada juga yang mendakwa dia meminati kaum sejenis.

Jejaka yang bernama Mohd Tishrin Mohd Adnan, menyatakan  dia kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mengecam serta memfitnah dirinya.

Ini adalah kenyataan dari abang sado ini :-

“Saya kesal di atas segala kritikan memberikan kesan kepada ibu bapa saya. Bagaimanapun, saya telah perjelaskan kepada keluarga terutama ibu bapa saya bahawa semua fitnah dan tohmahan itu tidak benar. 

“Saya mengenali Nur Sajat sebagai rakan dua tahun lalu, dan pertemuan kami baru-baru ini lebih kepada membincangkan mengenai rancangan perniagaan,”

0 comments:

Post a Comment