08:38 0

Mangsa Terselamat Dari Kemalangan Maut Pelajar Tahfiz Dedah Cerita Sebenar

Mangsa Terselamat Dari Kemalangan Maut Pelajar Tahfiz Dedah Cerita Sebenar


Mangsa terselamat ,Mohammad Syuwari yang dirawat di wad Hospital Kuala Krai patah tangan kanan serta luka di bahagian dahi berkata dia hanya tersedar dan kini berada di hospital. Dia juga turut menceritakan detik cemas sebelum kemalangan itu berlaku.

“Apa yang saya ingat ketika itu ustaz memotong kereta dan ada kereta di laluan bertentangan tetapi apabila ustaz nak memasuki laluan semula, van kami hilang kawalan.

“Kami semua menjerit dan menyebut Allahuakbar, sebelum saya tidak sedarkan diri,”

“Saya tak nafikan van dibawa laju. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya masih rasa tidak percaya, namun reda dengan ujian yang menimpa kami.

“Saya bersyukur kerana terselamat dan pada masa sama saya masih terkejut dengan kehilangan mereka,” katanya ketika ditemui, 

Menurut salah satu  lagi mangsa yang dirawat di Wad Teratai Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Muhammad Nur Haikal Pauzi,  ketika kejadian dia tidur dan tersedar ketika van berpusing.

“Pada masa sama, saya dan rakan menjerit ketakutan. Sebaik kenderaan merempuh rumah, saya pengsan dan tersedar ketika dirawat di Hospital Machang.

“Saya sedih dengan kejadian ini, namun ia adalah takdir Allah SWT di bulan Ramadan,”

0 comments:

Post a Comment