22:21 0

Punca Kemalangan Maut Pelajar Tahfiz Didedah

Punca Kemalangan Maut Pelajar Tahfiz Didedah



Kemalangan maut melibatkan pelajar  Tahfiz Al Hashimi, di KM55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekong, Kuala Krai,dikatakan pemandu van tersebut tiadak ada  lesen memandu.

Pemandu Van tersebut  Muhammad Hamzi Mohammad Husham, dikatakan tidak mempunyai  rekod saman trafik.

Menurut hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu juga didapati negatif.

Menurut hasil siasatan mendapati van jenis Maxus V80 (Webstar) yang dinaiki 14 mangsa dari bandar Kuala Krai menghala ke Kota Bharu memotong kereta di hadapannya.

Namun  pemandu tersebut hilang kawalan dan van terbabas serta  melanggar rumah di sebelah kanan.

Pemandu van tersebut membawa 12 pelajar tahfiz serta  dua guru agama terbabas dan merempuh rumah, pada kejadian 9.30 pagi.

Kemalangan itu menyebabkan tujuh dari 12 pelajar Tahfiz Al Hashimi, Tualang maut iaitu lima meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi  di Hospital Kuala Krai.

0 comments:

Post a Comment