09:00 0

Respon Pedas Kak Ogy Pada Wanita Yang Menghina Perniagaanya

Respon Pedas Kak Ogy Pada Wanita Yang Menghina Perniagaanya


Baru-baru ini kecoh tentang seorang wanita yang menghina Kak Ogy ekoran dia menjual sambal gorengnya.

Individu tersebut sengaja mempertikaikan perniagaan 'sambal Goreng Saadiah' yang dijual Ogy dengan mengaitkan kisah hidup aktres itu sebagai pelakon,

Kak Ogy mengakui dia agak terkejut apabila menerima komen tersebut pada pagi Selasa dan menyifatkan perkara sebegitu tidak sepatut berlaku pada bulan Ramadan.

Ini komen Kak Ogy:-

"Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam 'periuk nasi' saya? Dia pernah ke nampak saya 'mengangkang' sana sini masa saya muda-muda dulu? 

"Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya. 
"Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini

0 comments:

Post a Comment