07:31 0

Respon Shuib Bila Di Label Sombong

Respon Shuib Bila Di Label Sombong


Siapa yang tidak kenal dengan suami Siti Sarah, seorang pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui kecik hati  apabila ada sesetengah pihak yang mengatakan  dirinya sombong.

Shuib berkata, walaupun  bergelar seorang pelawak namun dia sebenarnya mempunyai perwatakan yang serius ketika berada di luar. Ini komennya:-

"Melawak itu merupakan satu pekerjaan bagi saya dan tidak semestinya saya akan bergurau sepanjang masa.

"Mungkin ramai orang beranggapan bahawa saya akan sentiasa kelihatan ceria dan kelakar ketika berada di luar.

"Namun sebenarnya saya seorang yang serius dan banyak berfikir.

"Ada juga yang datang tegur saya sombong kerana tidak kelakar dan perwatakan saya berbeza daripada apa yang mereka lihat dalam televisyen," 

0 comments:

Post a Comment