01:25 0

Suami Larang Ramona Zam Zam, Dah Kenapa?

Suami Larang Ramona Zam Zam, Dah Kenapa?


Akhirnya pelakon jelita dan juga bekas finalis dewi remaja Ramona Zamzam telah memberitahu bahawa dirinya kini telah hamil anak pertama dengan suaminya Rami Alashkar.

Ramona berkongsi cerita kelakar, semenjak dia hamil suaminya Rami Alashkar, mula mengenakan pelbagai syarat  kerana bimbangkan kandungan  itu terjejas.

Tambah Ramona suaminya adalah orang yang paling teruja dengan berita itu sehingga tidak membenarkan dia membuat sebarang kerja-kerja rumah.

Ini komen Ramona :-

"Jujurnya saya seorang yang aktif tetapi apabila dilarang membuat sebarang kerja saya jadi tertekan sehingga menjadi seorang pemalas dan kerja saya hanya makan... haha.

"Membasuh, menyidai baju dan mengemas rumah semuanya suami lakukan kerana tidak mahu saya membuat sebarang kerja walaupun tugas itu bukannya susah sangat kalau saya hendak buat," 

Wah! Sangat beruntung ye Ramona Zamzam dapat suami yang amat baik sekali. Taniah diucapkan buat pasangan ini yang bernikah pada tahun 2015.

0 comments:

Post a Comment