23:48 0

Saya Dah Tak Boleh Tengok Perempuan -Shukri Yahaya

Saya Dah Tak Boleh Tengok Perempuan - Shukri  Yahaya


Sejak tersebarnya kisah Shukri Yahya mengatal dengan seorang wanita yang bernama Sarah Danielle yang mendakwa di goda pelakon terbabit pada Jun. Empunya badan, Shukri Yahya mengakui dia trauma melihat perempuan.

Pelakon ini juga   berkata atas dasar percaya dan hormat, isterinya Tya atau  Siti Nurfatihah Ahmad Adnan tidak pernah menyemak telefonnya walaupun pada ketika itu isu tersebut viral.


Jelas Shukri, disebabkan kontroversi itu juga dia hampir-hampir menjadi trauma untuk mendekati atau melihat mana-mana perempuan yang berada di depan mata apatah lagi ketika bersama isteri.

"Dia tahu saya mangsa keadaan. Yalah, kalau tiada penggambaran, saya sering bersama dia dan anak-anak di rumah. Jadi bila masanya saya nak buat benda-benda seperti yang didakwa wanita itu,

"Sampai tahap tu tau! Saya jadi trauma nak tengok perempuan yang ada di depan saya tak kira sesiapa pun dia. Semua kerana saya tak nak hati isteri terusik lagi disebabkan fitnah itu.

"Saya langsung tidak mengenali wanita berkenaan dan apabila isu ini timbul, ia membuatkan saya turut rasa tertekan namun sentiasa cuba untuk jadi positif, " 

Shukri Yahya memberitahu dia sudah pun membuat laporan polis kerana isu tersebut.

0 comments:

Post a Comment